-->
born free now i'm expensive:) proud to be me.alhamdulillah:3

Wednesday, 6 June 2012

ais menggemukkan?bagaimana pula ais krim?






hai.... korg semua suke makan ais krim tak?mestilahkan
aikkkk ade yg tak suke? peliknyee ais krimkan sedap
ade banyak perise dan pelbagai rase juge dijual pade harge brpatutan.
knp masih tak suke makn ais krim?
oooo mariani tahu,takut gemuknyeee
meh kite bace entry pasal ais krim ni,btul ke mnggemukkan?





emmmm sedapnye ais soda ni
 
 





Ais memang membantu untuk hilangkan dahaga even time kita tak dahaga pon kita still suka minum ais sebab menyamankan tekak dan bila sebut pasal diet, orang mesti cakap ‘jangan minum air berais, kalau nak cepat kurus!‘ dan ini bukan mitos. BETUL, bila kita minum ais, tambah tambah lepas makan memang tak membantu untuk kita turun kan berat badan kita.

Kenapa Air Berais Menggemukkan?
 Ini adalah sistem pencernaan manusia normal, sequence dalam proses mencernakan makanan adalah

Bila kita makan, makanan akan lalu kat esofagus sebelum sampai ke organ pencernaan yang lain dan akan berehat sebentar di esofagus. Lepas makan, kita pulak minum minuman berais & lemak yang ada dalam makanan tadi akan beku & memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
So, selain menggemukkan or susah nak kurus, ais jugak salah satu sebab lain ramai manusia zaman sekarang mati mengejut akibat serangan sakit jantung. Sebab itulah kita dinasihatkan agar minum 10 minit selepas makan,jangan makan nasi berulam air. Kalau kita minum air suam lepas makan, maka ia akan membantu mencairkan lemak-lemak di dalam organ pencernaan kita.
Kita jugak boleh cuba amalkan seperti budaya orang Jepun yang meminum teh hijau suam selepas makan untuk neutralize balik toksin dalam badan. Sangat bagus!

lorhhhh bagaimane pule dgn ais krim?

mmmm...sedap~~~


Ais krim adalah hidangan beku pembuka selera, ia disukai pelbagai golongan tak kira tua atau muda. Selain menpunyai rasa yang enak, ia juga mengandungi unsur gizi makanan yang tinggi.

Seperti yang kita tahu, sumbangan terbesar kepada nilai gizi makanan ais krim berasal dari bahan-bahan mentah asasnya, iaitu susu. Sebab itulah mengapa ais krim mempunyai nilai gizi yang tinggi berbanding dengan lain-lain jenis minuman. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ais krim, jom usha fakta-fakta berikut tentang ais krim:


Apa itu Ais krim?

Ais krim adalah makanan beku yang mempunyai kumpulan tekstur semi-pepejal. Berdasarkan komposisinya, ais krim diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu ekonomi, purata yang baik, dan mewah. Ais krim komersial yang biasanya kita beli adalah dari jenis ekonomi.

Ais krim yang berkualiti biasanya ditentukan oleh bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dan proses pembuatannya yang bersih. Komposisi nutrien bagi setiap 100 gram ais krim ialah tenaga (207 kcal), protein (4.0 g), dan lemak (12.5 g).


Ais krim tidak menggemukkan


Komposisi ais krim berkualiti tinggi kaya dengan tenaga sarat, protein, dan lemak, terutamanya lemak tepu. Jadi jangan terkejut jika semasa aiskrim ini sering dipersalahkan sebagai punca utama kenaikan sebab berat badan berlebihan atau obes.


Padahal sumbangan tenaga ais krim untuk setiap hidangan (satu cawan) sekitar hanya 10% daripada jumlah keperluan tenaga dan menyumbang kira-kira 15% lemak daripada jumlah lemak satu keperluan sehari. Ia adalah dalam amaun yang kecil, jadi adlah tidak benar jika dikatakan ais krim menyebabkan berat badan berlebihan atau obes.


Manfaatnya bagi tubuh kita

Di dalam bahan asas ais krim, iaitu susu mengandungi lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas, dan vitamin A. C dan D.

Selain itu juga susu mengandungi beberapa komponen bioaktif berupa protein susu, laktosa, asid-asid lemak dan mineral, terutama kalsium. Itu sebabnya produk-produk tenusu, termasuk ais krim juga mempunyai sumbangan yang tinggi bagi kesihatan tubuh.


Salah satu komponen kelas karbohidrat yang terdapat dalam ais krim laktosa. Laktosa, di samping untuk menambah perisa juga dapat mengekalkan kesedapan (rasa yang baik) kepada ais krim.

Manakala fungsi asid lemak dan asid linoleik pada ais krim adalah untuk meningkatkan aktiviti antipatogenik, anti-bakteria, dan anti-virus. Kandungan kalsium dalam ais krim berguna untuk mengekalkan keupayaan tulang, mencegah osteoporosis, kanser, dan darah tinggi.



Mitos tentang ais krim

Dengan alasan takut berat badan janin menjadi besar, ibu hamil tidak boleh mengambil ais krim. Padahal, anggapan ini adalah salah.

Ais krim adalah makanan yang digunakan sebagai kudapan. Itu sebabnya, ais krim tidak akan menambah tenaga terlalu banyak jika diambil secara wajar. Jumlah pengambilan ais krim yang wajar untuk ibu hamil adalah dua hingga tiga cawan setiap minggu.

Ais krim bukan penyebab batuk selsema. Sebab, ketika masuk ke mulut, ais krim dengan segera akan meleleh. Ais krim meleleh dengan cepat dipacu oleh pengaruh suhu badan, sehingga saat ais krim masuk ke kerongkong suhunya sudah tidak sedingin ais.

Tak boleh minum ais krim dikala sakit. Anggapan ini juga salah besar. Ketika si kecil sakit, kadangkala tubuhnya memerlukan banyak cecair agar tidak mengalami dehidrasi.

Ais krim yang juga mengandungi air boleh digunakan sebagai pembekal cecair untuk tubuh. Apalagi rasa dan teksturnya yang lazat pasti sangat disukai oleh kanak-kanak, dengan memberikan asi krim akan membantu menyembuhkan sakit si kecil.
jadi,kesimpulannye- ais krim tidak mnggemukkan malah,boleh dijadikan diet lg,so, kawan2 jgnlah takut makan ais krim tau..... jom kita makannnnnnnnnnnnnnnnnnn

jom makan:3

Posted by siti mariani zamzuri at 07:10 0 Orang Comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

QUESTIONS & ANSWERS...(Q&A)


 
hai.....mcm mne pakai bedak tu,ok tak?haaa ape tak ok?
baiklah untuk tahu knp rase tak ok,jom kite bace entry ni

QUESTIONS & ANSWERS...(Q&A)

Q: Kulit muka rasa gatal bila mula² pakai kenapa ye? normal ke tu?

A: Gatal2 masa mula2 pakai memang normal sbb kulit baru nak biasa dgn produk mineral. Ronasutra juga mengandungi bahan galian yg galakkan pembersihan kulit dari dalam dan menyebabkan new cell turnover, so bila mula2 pakai akan ada rasa gatal/merenyam sikit....but tak semua pengguna rasa begini. Bergantung pada kulit...
Yang pastinya penggunaan berterusan akan hasilkan kulit yg lebih bersih dan halus kerana Ronasutra menyolek sambil merawat.
 Q: Saya pakai RONASUTRA, ttp x hilang pun kesan jerawat....?

A: Untuk kawasan masalah seperti parut/jerawat/kawasan bawah mata, apply dgn berus kecil sampai cover. Kemudian sapu bedak Ronasutra seluruh muka dgn sponge, dgn sapuan ke bawah. Of course, bedak solek mana pun takkan mampu tutup sepenuhnya parut jerawat, terutama sekali kalau parut2 dalam. Ronasutra mampu samarkan bekas jerawat, tapi kalau nak cover sampai tak nampak langsung tu susah sikit, unless apply betul2 tebal dan guna teknik betul (mcm yg digunakan oleh makeup artists). Kalau nak effect gebu mcm dlm gambar2, jangan apply nipis sgt. Dab2 seluruh muka dan sapu dgn span arah ke bawah lightly agar dpt coverage yg lebih tebal. Gambar2 dlm Ubah Imej Mingguan Wanita semua pakai Ronasutra powder sahaja tanpa campur foundation/concealer atau bedak solekan lain.
Q: Kenapa kalau saya pakai foundation blh jer tutup jerawat?
A: Foundation formula dia lain, mmg boleh tutup parut jerawat sbb ia penuh dengan minyak, talkum dan bahan2 kimia, sbb tu coverage nya lebih tebal. Tapi kalau nak kulit 'bernafas', bersih luar dalam, dan parut jadi lebih pulih kami recommend guna Ronasutra powder without foundation.
 
Q: Kalau pakai Ronasutra jerawat & bekas parut jerawat yg berlubang2 tu dan kulit x sekata tu pun boleh hilang ke?
A: Jerawat disebabkan jangkitan kuman pada kulit tersumbat, dan juga disebabkan kesan hormon. Bedak Ronasutra mampu kurangkan/hilangkan jerawat kerana ia tidak sumbat pori2 mcm bedak solekan/foundation lain,ia elak jangkitan kuman pada kulit dan kawal kesan hormon testosterone pada kulit (yang menyebabkan kulit mudah berminyak dan berjerawat). Di samping tu, Ronasutra bebas bahan kimia dan talkum (sesuai untuk kulit sensiti/jerawat) dan bahan mineral/galian dalam Ronasutra galakkan pertumbuhan sel kulit baru yg lebih sihat.


*SEKIRANYA MASALAH BERTERUSAN, SILA EMEL KE info@ronasutra.com....tq:)
Posted by siti mariani zamzuri at 06:57 0 Orang Comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

cara pakai ronasutra




hai....malam ni nak share pasal cara nak pakai ronasutra
ramai jugak kawan2 yg tanye macam mnew nak pakai
so,follow this way

~~CARA PENGGUNAAN RONASUTRA 2 in 1 Mineral Powder

  • Sapukan moisturizer ke muka sebelum menggunakan mineral powder. Mineral powder sebenarnya akan blend sendiri dgn minyak semulajadi yg terhasil dari kulit muka kita, tetapi jika kulit anda terlalu kering, kemungkinan kulit anda akan kelihatan agak berdebu & tak natural. Apply moisturizer anda dan biarkan kering about 5 mins.
  • Goncangkan bekas powder yg bertutup dan gunakan brush. Anda boleh juga tuangkan powder melalui lubang kecil bekas tu ke penutupnya. Cara ini akan menghalang daripada pembaziran penggunaan powder yg terlalu banyak. Tuang lagi jika perlu selepas penggunaan pertama.
  • Gunakan brush kecil (atau brush utk eyeshadow), untuk menutup cela atau parut dimuka anda. (Seperti guna concealer)
  • Kemudian tekan brush (foundation brush/brush besar) pada bekas/penutup dan tekan hujung brush pada setiap bahagian seperti tengah dahi, pipi kiri kanan, dagu & hidung.
  • Sapukan powder menggunakan brush secara sapuan bulatan (circular motion) sehingga semua powder pada muka anda telah kelihatan rata. Dan ini akan membantu mineral powder utk sebati dgn kulit juga.
  • Anda boleh mengulang langkah 2, 4 & 5 utk mendapatkan kemasan yg anda ingini terutamanya di bahagian bawah mata atau seluruh muka dan leher.
Anda boleh juga menggunakan 2 jenis ton warna utk mendapatkan ton wajah yg diingini  
 
 
 
bg korg yg sebaye dgn mariani,korg bolehlah beli bedak tu je,bg mnjimatkan kos
rm 48,bg pelembap dia korg boleh gune pelembap safi gamat, cume rm 8 saje

Posted by siti mariani zamzuri at 06:47 0 Orang Comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

muke bermasalah?jerawat?jeragat? insyaallah ronasutra dapat memebantu;3









hai...salam holidays drpd mariani,cuti sekolah ni jangan lupe buat hw
and ulangkaji tau!cehh pandai nasihat org,diri sendiri tu ntah kemana.
Mariani pun ulgkaji pelajaran and do hw tau,mnew tak nye taon ni nak
spm,knela rajin-rajinkan diri....tp adelah jugak mase bercuti kan
kalau asyik blajar jew,kpale pun pening so, knelah ade mase untuk dirikan.
-_______________________-
-------strive for the best-------








good luck for kawan2 yg ambil
perikse besar tahun ni:)
hope kita same2 dptkeputusan yg cemerlg
-------amin-----   

amboi jaoh trsasar dr post hari ni,mintak ampun cik kak,pak cik makcik,
sijelite dan si terune. Mariani nak share ngan korg satu produk ni
mmg bagus dan insyaallah brkesan

Ronasutra Mineral Makeup adalah rangkaian kosmetik yang dicipta khas untuk 
     memenuhi keperluan pengguna yang sedang mencari alternatif kepada produk solekan  
biasa yang terdapat di pasaran masa kini. Ia dibuat dari 100% bahan mineral dan
       sesuai untuk semua jenis kulit, terutama sekali kulit yang bermasalah dan sensitif. 
               Formulasi Ronasutra Mineral Makeup yang mementingkan keselamatan dan bebas dari
           bahan kimia sangat sesuai bagi mereka yangberkulit sensitif atau bermasalah,dan akan
         membantu mengurangkan masalah kulit tersumbat, berminyak, jerawat serta berjeragat.
 
 







haa ni warne bedak tu,ikut warne kulit kite
 







dulu first2 pakai time form2,mase tu muke mariani mmg teruk
sedih sangat,ade kawan2 buat bahan lawak pasal muke kite,yg paling sedih ade
jew cakap jijik dgn mariani. alhamdulillah sekarg ni,muke mariani  lebih baik
drpd dulu. first time pakai dulu mariani pkai ronasutra natural-o3
alhamdulillah selepas setahun mariani brtukar kpd cream peach-01.
bg kawan2 yg ade masalh muke trylah produk ni insyaallah boleh pulih,
berseri dan rase kulit muke lebih ringan
 





















nak tahu lebih lanjut dan mendalam
klik sini 
dan
shahuraamazingbeauty.blogspot
korg boleh dapatkan ronasutra ni dekat kedai2 jamu brhampiran
dekat pasaraya,ex- giant 
harge: rm48
hope produk ni dapat membantu korg:)
Posted by siti mariani zamzuri at 06:12 0 Orang Comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 5 June 2012

stop,cannot


hai....mariani nak buat satu post ni pasal rantai yg mnyerupai haiwan yg
populer dalam kalangan remaje sekarg.
Entry ini diambil dari seorang sahabat kita haiyumhaffiz yang prihatin untuk memberitahu tentang budaya memakai rantai burung hantu...mari kita terjah apa yang nak dia sampaikan... 


*Maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati , aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekonggol dengan benda ini , sudah bagi tanggungjawab kaum Adam untuk memimpin kaum Hawa ini


Makin jauh aku teroka dunia ni makin takut dan amat merisaukan aku . Aku risau bagaimana negara aku , bangsa aku , yang paling penting agama aku iaitu ISLAM!! , Aku risau umat islam kini keliru dengan dunia mereka sendiri , mereka seolah seolah seperti lembu dicucuk tanduk ,


orang kata -
-"kau pakai ni , fesyen baru rugi kalau tak pakai"
-"tengok ni loket gamba 'BURUNG HANTU' ni , aku nampak dalam tumblr hari tu comel sangat sangat jom kita beli"


Inilah masalah orang kita , lawa sikit je baru puji sikit dah cair terus beli , tanpa fikir panjang . Tahukah anda , apa maksud burung hantu tu ? memang lawa , memang comel , memang bergaya kalau pakai , memang mudah untuk kita dapat perhatian loket ni tapi sedar tak kita , loket yang kita pakai tu loket siapa?siapa buat ? siapa yang promosi? . Maka , hari ni aku akan tunjuk kan pada kalian apa yang ada disebalik loket ini .








Apa semua ni ?? pernah dengar nama ini? FREEMASON ? pernah ? kalau nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL , mereka join angkatan DAJAL AL-MASSIH ni sebab nak HARTA , KAYA , NAMA , dan jangan terkejut kebanyakannya semua orang2 ternama negara kita , nama nama mereka cukup besar serta yang amat sedih sekali mereka ini antara nya orang islam .mereka ini antara nya orang islam .
 
















[KALAU ANDA PERNAH LIHAT SIMBOL ATAU APA JUA BERKAITAN DENGAN INI , DIHARAP ANDA DAPAT JAUHKAN DIRI DARI MEREKA ]

Bersusah payah RASULULAH S.A.W , berhijrah , untuk menyebarkan islam , mahu manusia ini selamat , mahu umat-nya hidup senang di dunia dan di akhirat tapi kita? apa kita buat? menjatuhkan maruah agama , sanggup murtad , sanggup bergadai maruah diri , bangsa dan agama.

tahukah anda mereka(pemuja dajal) tersenyum melihat kamu semua bangga dengan loket burung hantu itu , bagi mereka(pemuja dajal) burung hantu sebagai simbol ritual mereka , 

MAJORITI perempuan di negara kita memakai loket ni ketika bersiar-siar dan yang paling menyedihkan mereka memakai loket ini besertakan tudung , dan sudah teranglah mereka ini ISLAM , 

Maka kita kena hindar benda ni dari terus berluasa , kita kena peka !
wahai kaum Adam wahai kaum Hawa bangkit ! kita kena bertindak , kita kena halang semua ini.

Kita PERLU saling menasihati antara satu sama lain , kita kena PEKA , sebelum kita beli kita tengok dulu fikir dulu. takut kita tersalah beli , Mereka suka sahaja kerana rancangan mereka berjaya.




Maka aku sebagai wakil seluruh umah yang ingin menegur tapi takut ada yang kecil hati , kepada semua kaum Hawa atau Adam , berhentilah dari membeli , memakai loket ini , HARAM bagi kita umat islam memakai barangan dari mereka(pemuja dajal,zionis) . Kaum Adam , kita ni lelaki , tak perlu kita pakai rantai rantai ni , bukan cara kita , agama kita tak suruh pun ..

ANTARA sebab lain :

Membuat atau mengukir patung bagi objek  yang bernyawa secara lengkap segala anggota tubuh badan dan jisim dan bayang , sama ada  ia di alam bentuk manusia atau haiwan adalah berdosa besar.

Perkara ini disandarkan kepada beberapa hadis sahih Rasulullah S.A.W  yang memberi amaran  tentang azab seksa  yang akan ditimpakan kepada mereka  yang mengukir patung pada hari kiamat  kelak.

Apabila patung-patung tersebut di jadi kan perhiasan , maknya ia di jadi kan sebagai sesuatu  yang dimuliakan atau  ada unsur-unsur  penghormatan. Oleh itu , meletakkanya  dengan tujuan perhiasan  adalah perbuatan yang haram (berdosa). manakala malaikat tidak akan  memasuki rumah  yang terdapat patung.

SABDA RASULULLAH .

maksudnya : "Malaikat tidak  akan memasuki  rumah yang terdapat  di dalamnya  patung-patung  atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa"


KESIMPULANNYA:
-KITA BOLEH BERGAYA TAPI MESTI KENA GAYA , JANGAN SAMPAI KERANA BERGAYA ,AKIDAH KITA RUNTUH , MARUAH AGAMA TERCEMAR , KENANG LAH USAHA RASULULLAH DAN PARA SAHABAT MENEGAKKAN SYIAH ISLAM DAN JANGANLAH KITA TERGOLONG DI DALAM KALANGAN PERUNTUH INSTITUSI ISLAM DAN PEROSAK AGAMA.

*maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati , aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekonggol dengan benda ini , sudah bagi tanggungjawab kaum Adam untuk memimpin kaum Hawa ini..
Posted by siti mariani zamzuri at 10:40 0 Orang Comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

meh nak share:3



hai....sebelum nak sign outlakan mariani nak share dgn kawan2 semua
pasal satu blog ni,blog kak bunga  <-----klik kat situ

"Tudung Bawal Cantik 1st Giveaway by Kak Bunga"

Assalamualaikum...


Agak-agak ada tak yang nak join GA Kak Bunga? Kalau ada...ikut step ni...


1. WAJIB follow blog Kak Bunga
2. Follow sponsor GA di Blogshop Kak Bunga  dan Like FB page Kak Bunga Collection
3. Buat entry bertajuk "Tudung Bawal Cantik 1st Giveaway by Kak Bunga"
4. Copy banner ni dan linkkan ke sini









 


Posted by siti mariani zamzuri at 10:33 0 Orang Comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

hai new bloggers:3




hai...dah tidur ke?jangan tidur lg bangkit2,ahha meh2 mariani nak share for new bloggers
mesti korg syok ni,bg post yg ke4 ni mariani nak share ngan korg semua
mariani pun new blogger,hehe tgk tu da berusang mariani ta hias blog ni
okla,malas na tulis panjang2 mariani just mention jew blog2 yg sng korg tahu care2
nak kemas kini blog korg... mesti tgh senyum melebarkan
before that korg boleh tukar layout,background and more kat sini

1.klik sini makwepakwe
2.fatin liyana
3.lyssa faizureen
4.seri najwa(heyoo kawan kita la)
5.miraa hussin

untuk new blogger macam mariani 
selamat mencube:)
Posted by siti mariani zamzuri at 10:16 0 Orang Comel
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

selamat hari tua;)

tuan rumah

My photo
siti mariani zamzuri
gombak, selangor, Malaysia
born free now i'm expensive:) cehh,ayt tropppss suadahhh hai sye ct marianie... spm candidates,:3
View my complete profile

Popular Posts

  • ais menggemukkan?bagaimana pula ais krim?
    hai.... korg semua suke makan ais krim tak?mestilahkan aikkkk ade yg tak suke? peliknyee ais krimkan sedap ade banyak perise dan pelbaga...
  • muke bermasalah?jerawat?jeragat? insyaallah ronasutra dapat memebantu;3
    hai...salam holidays drpd mariani,cuti sekolah ni jangan lupe buat hw and ulangkaji tau!cehh pandai nasihat org,diri sendiri tu ntah...
  • cara pakai ronasutra
    hai....malam ni nak share pasal cara nak pakai ronasutra ramai jugak kawan2 yg tanye macam mnew nak pakai so,follow this way ~~CARA PEN...
  • QUESTIONS & ANSWERS...(Q&A)
      hai.....mcm mne pakai bedak tu,ok tak?haaa ape tak ok? baiklah untuk tahu knp rase tak ok,jom kite bace entry ni QUESTIONS & AN...

Like Mynie Meqnie's Blog . Thank You :)

budak2 comel disini

add me to be your friend

Mynie Meqnie

Create your badge

Gosip Di Sini dear


Shoutbox

mylifemyrules

  • ▼  2012 (12)
    • ▼  June (11)
      • ais menggemukkan?bagaimana pula ais krim?
      • QUESTIONS & ANSWERS...(Q&A)
      • cara pakai ronasutra
      • muke bermasalah?jerawat?jeragat? insyaallah ronasu...
      • stop,cannot
      • meh nak share:3
      • hai new bloggers:3
      • jom search;3
      • tinggal kenangan ;'(
      • bila patut bercinta :3
      • kalau tak tahu belajarla sayang :3
    • ►  January (1)
http://www.youtube.com/watch?v=Bc5QUexvCxE. Theme images by linearcurves. Powered by Blogger.